Adakah Polyester Sesuai Untuk Penyerapan Bunyi?

Polyester merupakan salah satu bahan yang semakin popular digunakan dalam penyelesaian akustik kerana keupayaannya menyerap bunyi dengan berkesan, khususnya dalam mengurangkan gema (echo) dan meningkatkan kejelasan suara dalam sesuatu ruang.

Polyester acoustic panel diperbuat daripada serat PET yang berstruktur berliang. Apabila gelombang bunyi memasuki permukaan panel, bunyi akan diserap ke dalam serat dan tenaga tersebut ditukar kepada haba kecil. Proses ini membantu mengurangkan pantulan bunyi dan menjadikan persekitaran lebih selesa dari segi akustik.

Kelebihan Polyester
view-felt-fabric-different-colors

Antara kelebihan utama penggunaan polyester termasuk:

  • Mempunyai kadar penyerapan bunyi yang baik, sesuai untuk ruang seperti pejabat, bilik mesyuarat dan kelas
  • Ringan serta mudah dipasang pada dinding atau siling
  • Tahan terhadap kelembapan dan sesuai dengan iklim Malaysia.
  • Mesra alam kerana diperbuat daripada bahan kitar semula dan selamat digunakan
Kekurangan Yang Perlu Diketahui

Walaupun efektif, polyester juga mempunyai beberapa batasan:

  • Kurang berkesan untuk menyerap bunyi frekuensi rendah (bass)
  • Tidak berfungsi sebagai bahan kalis bunyi sepenuhnya (soundproof), sebaliknya lebih kepada kawalan bunyi dalam ruang

Secara keseluruhannya, polyester adalah pilihan yang praktikal dan kos efektif untuk meningkatkan kualiti bunyi dalam kebanyakan ruang dalaman, terutamanya dalam persekitaran moden di Malaysia yang banyak menggunakan permukaan keras seperti kaca dan konkrit.

Perlukan Penyelesaian Akustik?

Jika anda sedang mencari solusi untuk:

  • Kurang bunyi bising di pejabat
  • Improve akustik bilik mesyuarat atau studio
  • Tambah keselesaan ruang pelanggan

Kami boleh bantu cadangkan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *