Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297
Email
sales@vibrantecho.com
Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297
Email
sales@vibrantecho.com

Project Background
Pihak Vibrant Echo telah dipilih sebagai acoustic consultant dalam pembinaan Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, Pahang. Antara skop kerja yang diperlukan ialah, melaksanakan acoustic simulation, membuat pengiraan soundproofing, dan menyelia perkara2 berkaitan dengan acoustic termasuk yang berkaitan dengan kerja2 M&E, sivil dan interior. Projek ini bermula sejak Ogos 2024 dan dijangka siap sekitar April 2026.
Acoustic Criteria yang dicadangkan ialah pematuhan terhadap Noise Criterion untuk kerja2 HVAC, Sound Transmission Class (soundproofing) untuk bilik2 sound sensitive seperti bilik multimedia dan wawancara, dan Reverberation Time RT60 untuk tahap gema di dewan utama.
Untuk artikel kali ini, ingin kami kongsikan contoh acoustic simulation untuk Reverberation Time RT60. Dengan memasukkan data2 absorption coefficient untuk setiap bahan, simulasi awalan dibuat dengan meletakkan dinding brickwall. Berikut adalah keputusan simulasi awalan, dan contoh visual bunyi dengan pergerakan billiard.

Keputusan Simulasi Awalan

Visual bunyi dengan pergerakan billiard untuk mengetahui “grey area”
Hasil simulasi awalan menunjukkan low frequency berada jauh dari sasaran yang harus dicapai, disebabkan dewan utama menggunakan carpet tebal di keseluruhan lantai. Carpet merupakan penyerap high frequency yang baik namun sama sekali tidak menyerap low frequency. Disebabkan itu, panel acoustic yang digunakan ialah 70% low frequency panel dan 30% middle frequency panel. Bagaimana kami dapat keputusan 70-30 ini? Tidak lain semestinya try & error! Sebab itulah proses ini kadang kala memakan masa yang panjang.
Pembentangan keputusan simulasi dan cadangan bahan
Keputusan simulasi akhir – kesemua frequency dalam julat sasaran
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak client kontraktor utama Kamal Engineering Sdn Bhd, kerana memberi peluang bersama-sama dari mula proses bidaan tender (ini adalah projek reka dan bina dimana tanggungjawab keduanya dibawah kontraktor utama) sehingga tamat projek ini. Keputusan akhir pengujian di tapak? Tunggu projek siap lah!
