Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297
Email
sales@vibrantecho.com
Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297
Email
sales@vibrantecho.com

Ciri-ciri Studio Jamming – Review Kustudio Kajang
Bagi peminat muzik dan band tempatan, studio jamming bukan sekadar tempat latihan — tapi ruang untuk lepas tekanan, ruang menjadi kreatif, dan mencipta magis muzik. Tapi tak semua studio mampu bagi pengalaman yang selesa dan bunyi mantap. Kalau anda pernah jamming dalam studio sempit, speaker bingit tapi tak jelas, atau bilik yang bergema — kau tahu betapa pentingnya setup studio yang betul. Jadi, apa sebenarnya peralatan wajib yang perlu ada dalam sebuah studio jamming profesional?
Asas utama jamming. Sistem PA yang baik akan bagi bunyi seimbang — vokal tak tenggelam, gitar tak melampau, dan drum tetap punchy.
Vokal perlukan mic sensitif tapi tahan lasak — jenis dinamik untuk jamming memang wajib, supaya penyanyi dan pemuzik boleh fokus tanpa gangguan.
Tak semua orang nak angkut gear sendiri. Sebuah studio jamming bagus perlu ada pilihan lengkap untuk semua jenis pemuzik.
Drum ni jantung band. Tak guna drum mahal kalau tuning lari dan head koyak. Set drum mesti sentiasa diservis dan ditune sebelum setiap sesi supaya pemain rasa “feel” dia betul-betul hidup.

Inilah yang ramai studio terlepas pandang. Panel akustik bukan sekadar hiasan — ia kawal gema dan pantulan supaya bunyi lebih “tight” dan jelas.
Lampu, pengudaraan, dan layout memainkan peranan penting. Bila pemain selesa, persembahan pun jadi lebih hidup.
Kalau anda kat Kajang, Bangi atau Serdang kami memang suggest pergi ke KuStudio atau Kajang Utama Studio. Even gambar-gambar di atas pun memang dari KuStudio.
Kenapa Kena Jamming di KuStudio?
Ini bukan paid review, tetapi ikhlas sebagai acoustician yang dah jamming kat sini. Tak ada masalah frequency tak balance langsung! Apape contact owner studio ye!
Kalau rasa-rasa nak tengok aktiviti diorang boleh follow diorang
Ada juga servis lain macam recording, music production, photo studio, podcast, rental sound system, even kugiran kahwin pon diorang ni sapu gak!



