Solusi akustik

Solusi Akustik di British International School Kuala Lumpur

Solusi Akustik Profesional untuk Ruang Sekolah

Di Vibrant Echo, kami terus komited menyediakan penyelesaian akustik yang inovatif dan
berkesan untuk pelbagai keperluan ruang. Baru-baru ini, kami diberi kepercayaan untuk
melaksanakan kerja-kerja akustik di British International School Kuala Lumpur, melibatkan
pemasangan sistem akustik bagi meningkatkan keselesaan bunyi di kawasan kantin dan bilik
darjah.

Projek ini bermula pada 5 Ogos 2025 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 12 Ogos 2025,
dengan tempoh pelaksanaan selama 2 minggu.

Objektif Projek

Matlamat utama projek ini adalah untuk:

  • Mengurangkan bunyi dari sistem penghawa dingin (air conditioner ducting) di kawasan
    kantin.
  • Mengurangkan kesan gema (echo) bagi mewujudkan suasana akustik yang lebih
    selesa.
  • Meningkatkan kualiti bunyi di bilik darjah untuk pembelajaran yang lebih berkesan.

Skop Kerja oleh Vibrant Echo

Projek ini melibatkan pembekalan dan pemasangan panel akustik mengikut lukisan terperinci
dan ukuran tapak, termasuk:

1. Pemasangan Acoustic Operable Wall ‘STC40’ 90mm
  • Kemasan menggunakan fabrik dengan penebat akustik pada kedua-dua belah.
  • Saiz: W8300mm x H2800mm
2. Pemasangan High Frequency Type Acoustic Polyester Ceiling panel            (baffle type)
  • Termasuk aksesori pemasangan yang diperlukan.
  • Dipasang sekurang-kurangnya 200mm di bawah soffit.
  • Kuantiti: 1200mm x 200mm -54 pcs dan 2400 x 200mm – 20pcs

Hasil yang Diharapkan

Dengan kepakaran dan pengalaman Vibrant Echo, ruang kantin dan bilik darjah di British
International School Kuala Lumpur akan menjadi lebih:

  • Nyaman dan kurang gangguan bunyi.
  • Mempunyai akustik yang optimum untuk komunikasi yang jelas
  • Kondusif untuk aktiviti pembelajaran dan perbincangan harian.

Jadikan Vibrant Echo Rakan Akustik Anda!

Projek ini membuktikan keupayaan Vibrant Echo dalam menyediakan solusi akustik yang
memenuhi keperluan khusus pelanggan.

Jika anda ingin meningkatkan kualiti bunyi di ruang komersial, institusi pendidikan, atau ruang
korporat, Vibrant Echo sedia menjadi rakan teknikal anda.

Hubungi Kami Hari Ini untuk mendapatkan konsultasi percuma daripada pasukan pakar kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *