soundproof meeting room

Soundproofing Meeting Room : Akustik Panel Cantik Tapi Bunyi Bocor

Soundproofing Meeting Room : Akustik Panel Cantik Tapi Bunyi Bocor

Pengenalan 

Banyak organisasi melabur untuk mempercantikkan bilik mesyuarat dengan acoustic panel moden. Panel ini memang membantu kurangkan gema (echo) dalam ruang. Tapi, persoalan besar — kenapa bunyi masih bocor keluar masuk walaupun panel dah pasang?

Jawapannya mudah: acoustic panel ≠ soundproofing.

Akustik Panel: Fungsi Sebenar

Acoustic panel berfungsi untuk:

  • Mengurangkan gema dalam bilik (improve clarity).
  • Meningkatkan kualiti percakapan semasa mesyuarat.
  • Memberi nilai estetik pada ruang dalaman.

Tetapi ia tidak direka untuk menghalang bunyi daripada menembusi dinding, siling atau lantai.

Kenapa Bunyi Masih Bocor?
soundproof meeting room
  • Dinding tak capai slab/soffit
    – Jika partition dinding hanya sampai grid siling, ruang atas (plenum) jadi laluan bunyi.
  • Sambungan pintu & tingkap tak kedap
    – Celah kecil di sekeliling pintu cukup untuk bocorkan bunyi dengan jelas.
  • Laluan servis (ducting, cable tray)
    – Bukaan tanpa penutup akustik menyebabkan bunyi “free flow” keluar masuk.
Langkah Penting Sebelum Acoustic Panel
Soundproofing Meeting Room

Sebelum fikirkan panel cantik di dinding, pastikan asas soundproofing:

  • Partition wajib ke slab/soffit, bukan berhenti di bawah siling gantung.
  • Gunakan pintu akustik dengan seal penuh.
  • Rawatan pada bukaan servis seperti ducting dengan silencer atau penebat.

Selepas itu barulah acoustic panel boleh memberi kesan maksimum — reduce echo dalam ruang, bukan sekadar jadi hiasan dinding.

Penutup

Ramai tersilap anggap acoustic panel sebagai jalan singkat untuk soundproofing. Hakikatnya, soundproofing memerlukan pendekatan menyeluruh pada struktur dinding, siling, pintu dan bukaan servis. Panel hanyalah lapisan akhir untuk mencantikkan ruang dan meningkatkan kualiti bunyi dalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *