Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297
Email
sales@vibrantecho.com
Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297
Email
sales@vibrantecho.com

Ingin membina studio profesional di rumah? Tak kira untuk rakaman vokal, podcast, atau bermain alat muzik, studio yang baik memerlukan perancangan yang teliti. Berikut adalah langkah mudah untuk membantu anda merealisasikan impian studio profesional anda:
Sebelum memulakan projek, fikirkan fungsi utama studio anda. Adakah ia:
Setiap fungsi memerlukan persediaan akustik yang berbeza. Studio rakaman vokal mungkin memerlukan peredam gema yang lebih banyak, manakala bilik wayang lebih fokus pada penebat bunyi.
Langkah pertama dalam memastikan kualiti bunyi adalah menangani kebocoran bunyi:
Setelah mengenal pasti lokasi kebocoran bunyi, anda perlu menentukan kawasan mana yang perlu ditambah penebat bunyi. Adakah pada siling, dinding, atau lantai (floating floor)? Jangan lupa juga untuk memberi perhatian kepada tingkap dan pintu !
Namun, keputusan ini bergantung kepada tahap fungsi studio yang anda inginkan. Jika anda membina vocal booth atau studio jamming, pastikan anda memasang floating floor dan floating slab ceiling.
Untuk hasil yang terbaik, gunakan konsep box-in-box system! Konsep ini melibatkan pembinaan ruang dalam ruang, yang sangat efektif untuk mengurangkan penghantaran bunyi. Selain itu, jangan lupa untuk memeriksa harmonic modes room ratio yang disarankan untuk bilik muzik bagi mengelakkan masalah bunyi “bergaung.”

Acoustic panel berfungsi untuk menyerap gema, bukan untuk menyekat bunyi (soundproofing). Oleh itu, anda perlu memilih panel yang sesuai dengan fungsi studio anda.
Jika tidak, bunyi bass akan bergema dan menyebabkan bunyi dalam studio anda tidak jelas dan tidak seimbang.
Setelah isu akustik diselesaikan, barulah pilih peralatan yang sesuai mengikut bajet dan fungsi yang diperlukan. Jika akustik studio berfungsi dengan baik, anda mungkin dapat mengurangkan kos untuk peralatan.
Sebagai contoh, anda tidak memerlukan amplifier yang terlalu besar untuk gitar atau sistem yang terlalu canggih. Dengan akustik yang dioptimumkan, bunyi yang dihasilkan sudah mampu mencapai tahap profesional seperti pemuzik pro!
