Address
No. 5-1, Jalan Seksyen 3/5, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Phone
+603-8741 3878
+6019-867 8070
+6019-772 5297

Email
sales@vibrantecho.com

Modern soundproof panel installed on a wall, designed to reduce echo and noise in a recording studio

Jenis-Jenis Acoustic Panel Yang Popular Dalam Pasaran Malaysia

Berikut adalah jenis-jenis acoustic panel yang popular dalam pasaran Malaysia. Tiada ranking yang sesuai diletakkan kerana setiap acoustic panel mempunyai fungsi yang berbeza. AWAS! Artikel ini agak teknikal, sekurang-kurangnya anda perlu tahu tentang low, mid and higg frequency. Hubungi kami jika anda kabur tentang ilmu asas acoustic.

Harapan kami, di akhir artikel ini anda harus lebih terang dan jelas tentang acoustic panel mana yang harus dipilih untuk ruang anda, sama ada studio, meeting room, dewan serbaguna, mahupun ruang privacy anda.

Kotak Disclaimer
DISCLAIMER! Bacaan NRC yang dipaparkan adalah dari rekod kami, tidak semuanya didaftarkan atau diuji dengan peralatan yang betul mengikut ISO. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya keputusan akhir RT60 ruang anda tidak menepati target.

1. Polyester Panel atau PET Panel

PET panel sangat popular buat masa ini kerana sangat mesra rekabentuk. Ia datang dalam ketebalan 9mm, 12mm atau 25mm, yang mudah dilentur dan diubahsuai bentuknya, menjadikan ianya favourite dikalangan interior designer, terutamanya rekabentuk garisan groove yang bercorak2, rekabentuk emboss 3D yang timbul tenggelam seperti diffuser, dan pilihan color yang TERLALU banyak untuk dipilih. Tetapi awas, PET panel kebanyakannya hanya sesuai untuk serapan high frequency. Untuk low frequency setakat ini belum ada kombinasi yang ada untuk PET panel. Tetapi untuk menyerap mid frequency PET Panel boleh diolah dengan menambah ruang Udara di belakangnya, dengan meletakkan backing frame yang sesuai.

Panel akustik pelbagai corak dan warna dari bahan Polyester atau PET, sesuai untuk kawalan bunyi dalam ruang dalaman.
Figure 1 : Jenis-jenis PET Panel
Frequency (Hz) 125 250 500 1000 2000 4000
NRC (rate) 0.02 0.03 0.18 0.36 0.66 0.84
Table 1 : Absorption coefficient (NRC) untuk PET Panel 9mm

2. Fabric Panel Broadband

Kebanyakan fabric panel yang dijumpai di dewan2 serbaguna bersifat broadband, maksudnya ia menyerap mid dan high frequency dengan sangat efektif. Panel tersebut diisi dengan bahan insulation, dengan fabric sebagai kemasan paling luar, agar interior designer boleh bermain dengan warna dan corak kain. Disebabkan itu, fabric panel masih lagi antara acoustic panel yang kerap digunapakai di pasaran

Panel akustik jenis kain (fabric broadband panel) berwarna-warni di dinding ruang seminar atau bilik mesyuarat moden.
Figure 2 : Aplikasi Fabric Panel di dewan
Frequency (Hz) 125 250 500 1000 2000 4000
NRC (rate) 0.18 0.44 0.94 1.00 1.00 1.00
Table 2 : Absorption coefficient (NRC) untuk Fabric Panel 50mm

3. Fabric Panel Low Frequency

Sama seperti item (2) tetapi lebih tertumpu untuk menyerap low frequency. Disebalik kemasan kain, dibawahnya ada papan keras dan insulation. Malah ketebalannya juga berbeza sehingga ada yang mencecah 300mm atau 1kaki. Bayangkan bilik anda selebar 10kaki, akhirnya menjadi sempit 8kaki, kerana memerlukan panel jenis ini di kiri dan kanan! Oleh itu pastikan anda bijak menggunakan ruang yang ada untuk meletakkan panel low frequency ini.

Frequency (Hz) 125 250 500 1000 2000 4000
NRC (rate) 0.98 0.88 0.52 0.21 0.16 0.14
Table 3 : Absorption coefficient (NRC) untuk Fabric Panel Low Frequency 150mm

4. Printed (Custom Design) Fabric Panel

Sama seperti item (2) dan (3) yang boleh dimanipulasi kadar serapannya hanya dengan mengubahsuai isi dalaman panel. Tetapi kelebihan printed fabric panel ini ialah, pelanggan boleh memilih apa jua imej yang ingin diletakkan sebagai finishing, tak kiralah muka sendiri, gambar boifren idaman, mahupon Kpop idols!

Panel kain bercetak dengan reka bentuk pokok hijau di dinding bilik mesyuarat – panel akustik tersuai untuk kawalan bunyi dan elemen hiasan.
Figure 3 : Printed fabric panel

5. Timber Finish Panel

Secara amnya timber panel menyerap low frequency. Namun, terdapat beberapa kombinasi yang boleh membantu serapan low hingga ke mid frequency. Sebagai contoh adalah wooden grooved timber panel (juga dikenali sebagai timber slat panel). Wooden grooved ini biasanya mempunyai lubang perforated disebalik finishing, dan terdapat insulation di dalamnya.

Panel akustik dengan kemasan kayu (timber finish) dipasang di sudut bilik untuk penyerapan bunyi dan penampilan elegan.
Figure 4 : Wooden grooved panel
Frequency (Hz) 125 250 500 1000 2000 4000
NRC (rate) 0.40 0.90 0.80 0.50 0.40 0.30
Table 4 : Absorption coefficient (NRC) untuk wooden grooved panel

6. Foam Panel

Foam panel masih menjadi pilihan kebanyakan owner2 recording studio, mungkin disebabkan kurangnya pendedahan tentang panel2 yang lain. Terdapat beberapa variasi foam panel dipasaran mengikut ketebalan dan corak 3D (pyramid, wave, slat dan sebagainya). Kebanyakannya mempunyai masalah durability yang agak teruk seperti warna pudar setelah kerap terkena UV, menjadi peroi selepas beberapa tahun, dan hilang sifat penyerapan bunyi. Namun ada maker terkenal yang mampu menghasilkan acoustic foam berkualiti tinggi seperti Auralex. Mengikut kajian kami, density dan ketebalan foam yang tepat sangat perlu dijaga. Jika density terlalu tinggi, foam menjadi keras dan tidak lagi menyerap high frequency dengan efektif. Ada sesetengah maker yang menghasilkan “3am Foam”, dihasilkan pada ketika cuaca sejuk dan humidity tinggi demi memastikan quality yang AAA. 3am foam inilah yang digunakan sebagai seating di Philharmonic Petronas.

Panel akustik jenis foam berwarna hitam dan merah, direka untuk penyerapan bunyi dan pengurangan gema dalam bilik atau studio.
Figure 5 : Auralex foam panel
Frequency (Hz) 125 250 500 1000 2000 4000
NRC (rate) 1.17 1.15 1.28 1.20 1.15 1.12
Table 5 - Absorption coefficient (NRC) untuk "all rounder panel", FKA bass trap

7. Diffuser

Diffuser bukanlah penyerap bunyi. Dari segi definisinya sendiri, ia berfungsi untuk memecahkan bunyi agar tidak terperangkap di ruang yang selari. Kebiasaannya ia diletakkan di tengah2 siling bilik agar bunyi tidak terperangkap antara siling dan lantai dalam jangka masa yang lama. Antara diffuser yang baik di dalam pasaran adalah jenis timber, Styrofoam, ataupun plastic. Sebagai tambahan, bekas telur juga adalah diffuser yang baik.

Cukuplah 7 dulu jenis acoustic panel yang boleh dibincangkan, mungkin bersambung di siri lain. Agak-agaknya, anda dah boleh pilih material mana yang sesuai untuk ruang anda? Sedikit info tambahan ; carpet, langsir dan kain rentang adalah penyerap high frequency, tetapi kayu dan gelas adalah penyerap low frequency. Sudah anda belajar? Sila komiennnn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *