Solusi akustik

Solusi Akustik Profesional untuk Pejabat UNDP, Menara PJH Putrajaya

Solusi Akustik Profesional untuk Pejabat

Di Vibrant Echo, kami percaya ruang kerja yang selesa dan tenang adalah kunci kepada
produktiviti yang lebih baik. Baru-baru ini, kami telah dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja
akustik di Pejabat UNDP (United Nations Development Programme) di Menara PJH,
Putrajaya. Projek ini memberi fokus kepada peningkatan kualiti akustik untuk dua bilik utama,
bagi mengurangkan gangguan bunyi daripada luar dan memastikan komunikasi di ruang kerja
lebih efektif.

Projek ini bermula pada 22 Mac 2025 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2025,
dengan tempoh pelaksanaan selama 12 minggu.

Objektif Projek

Projek ini dilaksanakan di dua bilik bersebelahan yang dipisahkan oleh satu dinding. Objektif
utamanya adalah:

  • Mengurangkan bunyi yang masuk dari luar bilik
  • Menyediakan ruang kerja yang lebih tenang untuk meningkatkan tumpuan dan privasi.

Skop Kerja oleh Vibrant Echo

Kerja-kerja akustik ini melibatkan pembekalan dan pemasangan panel akustik mengikut lukisan terperinci dan ukuran tapak, termasuk:

1. Pemasangan 40mm thk. Timber framing LERAZU fabric acoustic panel
  • Pemasangan Infill dan lapisan 0.8mm thk. GI plate sebagai lapisan kedap bunyi di
    bahagian teras.
  • Termasuk struktur gantung yang diperlukan untuk kestabilan pemasangan
  • Keluasan pemasangan: Bilik Resident Representative: ~12.5m² dan Bilik Resident Coordinator: ~12.5m² 
2. Pemasangan Rockwool di Atas Siling Tergantung Sedia Ada
  • Ketumpatan 40kg/m³ untuk prestasi penebat bunyi yang lebih baik.

Hasil yang Diharapkan

Dengan kepakaran kami, pejabat UNDP kini bakal menikmati:

  • Persekitaran kerja yang lebih senyap dengan gangguan bunyi luar yang minimum.
  • Privasi komunikasi yang lebih baik, sesuai untuk mesyuarat penting dan
    perbincangan rasmi.
  • Ruang kerja yang kondusif, membantu produktiviti dan keselesaan harian.

Jadikan Vibrant Echo Pilihan Anda!

Projek ini membuktikan kemampuan Vibrant Echo dalam menyampaikan solusi akustik berkesan yang direka mengikut keperluan khusus pelanggan.

Jika anda memerlukan peningkatan akustik untuk ruang pejabat, bilik mesyuarat, atau ruang komersial, Vibrant Echo adalah rakan teknikal yang tepat.

Hubungi Kami Hari Ini untuk konsultasi percuma daripada pasukan pakar kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *