Policy

Industrial Acoustics di Malaysia: Standard & Garis Panduan Wajib

Bunyi bising bukan sekadar gangguan—ia boleh menjejaskan kesihatan pekerja, prestasi mesin, dan hubungan dengan komuniti sekitar. Sebab itu dalam persekitaran industri, pengurusan akustik perlu berpandukan standard yang jelas dan diiktiraf. Artikel ini merangkumkan garis panduan dan piawaian utama yang perlu diberi perhatian dalam projek kawalan bunyi industri di Malaysia.

1. Akta & Garis Panduan Tempatan Industrial Acoustics
Policy

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP / DOSH)

  • Garis Panduan Pendedahan Bunyi Bising (2019)
    Diterbitkan oleh DOSH untuk memastikan majikan mengawal tahap kebisingan di tempat kerja.
    Tahap ambang tindakan (Action Level):85 dB(A)
    Tahap maksimum dibenarkan: 90 dB(A) untuk 8 jam sehari.

Pekerja perlu dilindungi melalui kawalan kejuruteraan, pentadbiran dan PPE seperti earmuff/earplug.

Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA)

  • Akta induk yang memberi kuasa kepada DOSH untuk menguatkuasakan keselamatan termasuk kawalan bunyi.
  • Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising)penting dalam konteks audit dan compliance.
2. Jabatan Alam Sekitar (DOE)
Jabatan alam sekitar malaysia (DOE)

 Environmental Quality (Noise) Regulations

  • Untuk projek baharu atau kilang berhampiran kawasan perumahan, Bunyi ambien luar (ambient noise)perlu dikawal.
  • Rujukan penting:Garis Panduan Bunyi Bising bagi Projek Pembangunan (EIA Guideline).
  • Contoh had bunyi:
  • Waktu siang:55 dB(A)
  • Waktu malam:45 dB(A)

Jika bunyi dari kilang memberi kesan kepada komuniti, anda wajib lakukan Environmental Noise Impact Assessment.

3. Piawaian Antarabangsa Berkaitan Akustik Industri
panel akustik

ISO 9612

Pengukuran pendedahan bunyi di tempat kerja (occupational noise)

ISO 11690

Reka bentuk ruang kerja industri untuk kawalan bunyi

ISO 11200 series

Kaedah pengukuran bunyi dari jentera dan peralatan

ISO 4871

Deklarasi nilai bunyi oleh pengeluar mesin

ISO 1996-2

Penilaian bunyi persekitaran (environmental noise assessment)

4. Contoh Aplikasi & Implikasi Projek
industrial acoustic

 Situasi: Kilang metal stamping di kawasan industri ringan

Masalah:Kebisingan melebihi 95 dB(A)

Langkah:

  • Audit akustik oleh consultant
  • Reka bentuk enclosures dan barrier akustik
  • Pemasangan silencer pada blower system
  • Laporan ke DOE untuk pemantauan komuniti
Kesimpulan

Kalau anda terlibat dalam operasi industri, pemahaman terhadap standard ini bukan pilihan, tapi keperluan. Sama ada untuk compliance JKKP, kelulusan DOE, atau keperluan tender, pematuhan kepada garis panduan ini menjamin keselamatan, reputasi, dan kelestarian operasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *